I LOVE TO SHARE MY TRUE LIFE, TRUE LOVE, TRUE MOTIVATIONAL, INSPIRATIONAL, TRUE HEALTH, TRUE BEAUTY WITH THE TRUE NATURAL SUPPLEMENTS..
WELCOME HERE AND THANK YOU FOR VISITING SUPERBGOJES.BLOGSPOT.COM

Tuesday 6 October 2015

HASIL KERJA KELAS BLOG & SEO

Alhamdulillah, berkat mendapat ilmu daripada kawan-kawan seangkatan di dalam Shaklee, dan juga jasa baik mentor saya yang mengizinkan kami menimba ilmu di pusat latihannya, Faizworld Training Centre di Bangi....


Menimba ilmu blog & SEO
Mentor Shaklee saya, Pn Shareeza Hashim sering memberi sokongan dan dorongan dalam usaha untuk anak empire Jutawan Shaklee rajin ber'blog.

Pelbagai aktiviti dan juga diwujudkan Kelab Blogger Jutawan Shaklee khas untuk yang telah hadir ke kelas ini di bawah tenaga pengajar Pn Mashitah Mamat dan Pn Karina.



Walaupun dalam menimba ilmu, anak-anak tetap di depan mata..
seronok betul... ;)

Pada yang telah hadir ke kelas, secara automatik akan dimasukkan ke dalam Kelab Blogger Jutawan Shaklee. Dan kepada yang nun jauh dari Bangi, ataupun yang mana tidak kesampaian untuk hadir atas sebab dalam pantang ke...sakit ke... boleh juga dimasukkan ke dalam Kelab ini. Tapi kena mematuhi syarat...hihihi..kena interview dulu dengan Pn Shareeza... ;)


Closed Group di FB untuk Kelab Blogger Jutawan Shaklee

Sepanjang berada di dalam closed group Kelab Blogger Jutawan Shaklee tersebut, kami diberi cabaran untuk update entry dalam sebulan. Sistem point digunakan pada kami, dalam usaha membangunkan blog kami.

Kawan-kawan dalam tu berlumba secara sihat dalam usaha update entry. Ye la, nak dapatkan semangat waja, kenalah secara berjemaah kan... kalau sorang-sorang yo... tak jadi dohhh... tak naik semangat tuuu... 

Anyway, memang dimaklumkan awal oleh admin bahawa akan diumumkan pemenang bagi TOP UPDATE ENTRY... tapi, bagi saya...saya buat, berblog bukan sebab untuk mendapatkan sesuatu hadiah, reward daripada mentor saya...

Tapi, lama-lama saya rasa seronok...sebab blog inilah tempat saya kongsikan ilmu, pendapat, kisah, dari hati saya...ikhlas tau... sebab nak semua orang aware tentang kesihatan dan lain-lain... ;)

Ermmm... semalam saya dikejutkan dengan berita....


Nama saya dapat tempat kedua dalam senarai TOP 10


Alhamdulillah, sungguh saya tak sangka!!!... oh...hadiahnya tak tahu laa apa ye..hihiihih... tapi yang nyata, semua pakat rajin nak update blog dah sekarang secara konsisten...

llazi na aaamanu wa 'amilussoolihat.

Aamanu - Iman - Ilmu + Keyakinan
'Amilu - amal - kerja buat (nampak) + hasil 

Jadi nak buat apa-apa, kenalah berilmu beserta iringan yakin...
dan dah ada ilmu, kenalah diamalkan, dilaksanakan,,(membuat kerja)...
barulah menampakkan hasilnya...

Betul ke betul?
in shaa allah...kalau apa-apa kerja kita didasarkan dengan Basmallah...

Oklaa... nanti saya sambung lagi..berdebar menanti hadiah niii..hihihiih


Salam sayang;
Elly Khalid

No comments:

Post a Comment

Back To Top